Home Rencana PAS Pahang

Bingkisan | Buat Para Suami

233
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

Assalamualaikum…

Buat para suami yang memilih isterinya dengan Bismillah, untuk dinikahi sebagai pendamping dan buah hatinya di dunia dan akhirat.

Inilah permulaan hidup dalam sebuah rumah tangga yang menjadi pilihan sendiri.

Kalau anda terlihat isteri anda tengah naik angin, tengah membebel, tengah merapu meraban, tengah terjerit-jerit, tengah menangis-nangis, tengah beremosi tahap gaban

Tak payah buat apa-apa saat itu…

Jangan tanya

Jangan tegur

Jangan tazkirah

Lebih-lebih lagi, jangan marahi dia semula.

Biarkan dia meluah perasaannya.

Dengar jer apa dia cakap, sebab di saat itu dia tengah meluah rasa…

Pandang dia dengan kasih sayang dan empati.

Dekati dia dalam diam.

Ambil  tangannya, bawa dia duduk. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan duduk dekat-dekat dengan dia.

Dia mungkin menjerit dan marah-marah. Nampak macam tenaganya banyak sangat. Tapi di saat itu sebenarnya dia berada di tahap emosi yang paling lemah dan keliru.

Kalau ada orang dekati dia waktu ini

Dia boleh menangis semahu-mahunya

Dia boleh mengadu A hingga Z apa yang terbuku di hatinya…

Percayalah!

Dia tak nak jadi begitu.

Dia nak jadi anak yang baik.

Dia nak jadi isteri yang solehah.

Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

Tapi dia manusia yang bersifat lemah…

Dia punyai perasaan yang rapuh.

Dia miliki fizikal yang lemah.

Dia terdedah dengan semua serangan penyakit dan emosi.

Dia tidak boleh capai semua impiannya…

Kenapa?

Sebab dia bersifat lemah…

Pelukan dan empatimu wahai para suami, itu sudah cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahaminya dan sudah cukup membuatkan dia rasa tenang dan terharu bahawa suami sangat menyayangi dan tidak membencinya.

Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah.

Ingat!…

Isteri terlahir dalam fitrah yang sangat indah dan suci…

Masa mula-mula kawin dulu, sifatnya persis bidadari orang kata.

Tapi bila dapat anak seorang, dia berubah jadi seakan harimau.

Dapat anak kedua, berubah jadi seakan singa…

Kenapa?

Dia tengah belajar erti hidup berkeluarga…

Dia tengah menjalin mindanya untuk memahami, “inilah hidupku yang mesti kulalui dengan tabah, dengan sabar dan dengan ilmu.”

Biarkan dia belajar. Sampai satu tahap dia akan mengerti dan tersenyum riang dengan bangga.

Dia isteri dan ibu yang hebat.

Dan dia akan malu sendiri satu hari nanti,

betapa dia bagai anak kecil kehilangan mainan kesayangan, menangis, marah-marah dan macam-macam.

Dia bukan begitu kan?

Betulkan?

Dia sangat baik. Jangan kau tinggalkan dia sendirian. Dunia rumah tangga sangat baru untuknya. Beri dia ruang untuk belajar. Bimbinglah dia dengan seribu cinta dan harapan…

Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa dan menanggung bebanan jiwa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan ke syurga. Sudah pasti ditaburi ujian-ujian untuk mematangkan dan mendewasakan jiwa isteri atau suami.

Perjalanan ini tidak semudah yang kita semua sangka dan fikirkan.

Bukan juga sesusah yang kita gambar dan takutkan…

Ingat kembali,

– niat awal membina rumah tangga,

– pilihan awal atas dasar apa dan kerana apa.

Sekarang masa menuai apa yang di tanam…

Jangan menyesal. Itulah hasil apa yang di tanam.

Muhasabah diri…

Kembali semula pada dasar ajaran Islam.

Bertaubat, andai telah jauh tersimpang.

Jalin kembali menjadi sempurna dengan cinta.

Bina semula, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah SWT.

Sangat indah dan mudah…

Cuma perlukan sedikit pengorbanan dan kesabaran.

Sokonglah antara satu sama lain sepenuh jiwa, sebab masing-masing tahu yang diri bersifat lemah.

Jadi, di saat sedar diri lemah, manusia sangat perlu kepada kekuatan daripada kuasa hebat yang Agung.

Siapa?

Allah SWT…

Mintalah kekuatan dari Tuhan.

Sebab kita lemah.

“Kalau impikan isteri sebaik Fatimah binti Rasulullah, kamu para suami mesti menjadi suami sebaik Ali bin Abu Talib”

Fikir dan zikir…

 

Salam kasih.

Wallahu a’lam.

KUANTAN

27 Ogos 2021