Home Berita PAS Selangor

Bila MURABBI UMMAH Berbicara – Siri 13

801
SHARE

Menyentuh kepada kategori mazhab Syiah yang melampaui batas dan terkeluar daripada Islam seperti golongan al-Ismailiah al-Waqifah dan Ghulatus Syiah.

Akidah golongan Ghulatus Syiah ini terkeluar daripada Islam kerana meminda syariat Allah dan mereka akhirnya berpecah kepada beberapa mazhab seperti al-Saba’iyyah, al-Ismailiah, al-Batiniah dan al-Qaramitah.

Golongan tersebut membatalkan hukum syariat, tidak mempercayai kepada hari kebangkitan, hidup semula selepas mati dan menolak adanya malaikat dan jin.

Malah terdapat fahaman-fahaman mereka yang tersebar ke Alam Melayu seperti mentakwil dengan akal akan huruf-huruf permulaan surah seperti Yasin, Nun, Alif Lam Min, ajaran Nur Muhammad dan ajaran martabat tujuh dalam tasawuf.

YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan