PAS merangka BPMS sebagai usaha mendisiplinkan parti dan ahlinya untuk mengamalkan dasar politik Islam yang merupakan petunjuk di sepanjang zaman.
PAS telah berjaya melaksanakan politik matang sejak dahulu sehingga sekarang. Ia menjadikan PAS tidak mencetuskan ketegangan dalam satu negara, satu ummah, satu bangsa dan satu masyarakat majmuk. Ia juga menjadikan PAS tidak terikut-ikut dengan parti-parti lain, termasuk parti Islam di luar negara.
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS