Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Betulkan Teras dan Dasar Percukaian Negara

542
SHARE

Kerajaan BN sepatutnya membetulkan teras percukaian negara khususnya berkaitan GST. Size barangan yang dikenakan cukai sepatutnya dikecilkan bukannya diperbesarkan dan diperluaskan. Apabila kerajaan berhasrat memperluaskan cukai GST kepada 60 jenis barangan lagi walaupun ditangguhkan kemudiannya, ia menunjukkan kerajaan bermasalah dalam menentukan hala tuju dan dasar percukaian.

Konsep cukai barangan ialah sebagai sumber kewangan kedua negara di saat memerlukan. Maka sumber yang diperlukan di saat memerlukan perlu disempitkan ruang cakupannya bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada kewangan rakyat.

Kerajaan perlu membetulkan aspek pengurusan perbelanjaan supaya lebih berhemah berbanding memberi fokus membesarkan size pendapatan menerusi cukai. Masalah kerajaan BN ialah pada membelanjakan pendapatan yang boros bukannya pada menjana pendapatan yang tidak cukup.

Anak kunci kejayaan pengurusan kewangan bukan hanya pada kejayaan membina sumber tetapi lebih kepada kejayaan mengurus perbelanjaan.

PAS tetap konsistan menegaskan bahawa GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan yang tidak patuh Syariah kerana dikenakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin.

Sekian

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 21hb Jun 2017

{jathumbnail off}