Home Artikel PAS Perlis

Besarnya Peranan Muslimat Dalam Perjuangan Islam

286
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Peranan Muslimat pada masa ini bukan lagi sebagai penyeri atau pelengkap perjuangan semata-mata sebaliknya mereka merupakan sebahagian daripada faktor penting kepada perjuangan PAS.

Menurut Ketua Muslimat PAS Kedah, Dato’ Hajjah Siti Ashah Ghazali, tenaga serta kepakaran yang dimiliki oleh golongan berkenaan amatlah ditagih dalam menjayakan setiap agenda yang telah ditetapkan parti.

Memetik Surah At-Taubah, ayat ke-71, beliau menggariskan beberapa tugas yang perlu dipikul oleh Muslimat, antaranya membantu golongan Muslimin dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat.

“Kita bekerja saling membantu antara Muslimin dan Muslimat untuk mengajak orang membuat kebaikan,” katanya ketika berucap pada program Minum Pagi Bersama YB Dato’ Siti Ashah di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar dekat sini pagi tadi.

Seramai 150 orang muslimat hadir dalam program anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata muslimat juga berperanan mengajak masyarakat kepada kebaikan serta membantu gerak kerja jemaah dari sudut kewangan.

Beliau yang juga ADUN Merbau Pulas turut mengingatkan para Muslimat agar bijak menguruskan masa serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran yang menanti mereka sebagai petugas parti.

“Muslimat perlu menjaga masa dengan baik walaupun sibuk mengurus keluarga untuk mencapai kemenangan.

“Sebagai petugas parti sudah pasti kita perlu bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran,” ujarnya.