Home Artikel PAS Perlis

Hari Anugerah PASTI Malaysia Berlangsung Gilang-gemilang

471
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

GOMBAK: Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia telah telah berlangsung dalam suasana gilang-gemilang bertempat di Hotel Mercure, Selayang, dekat sini semalam.

Acara tahunan terbesar anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia itu dihadiri oleh seramai 300 orang, terdiri daripada warga PASTI serta anak-anak pelajar PASTI dari seluruh negara.

Program berkenaan diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah yang dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya Anugerah Pra Tahfiz, Anugerah Murid Cemerlang, Anugerah 3K dan banyak lagi.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Beliau dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas kejayaan menganjuran program pada tahun ini.

“Generasi anak muda kini sedang mendepani pelbagai cabaran yang kian mendatang, adalah menjadi tugas kita untuk membentuk mereka menjadi insan yang berjaya bukan sahaja aspek keduniaan tapi aspek ukhurawi juga tidak harus diabaikan sama sekali,” katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Sektor Pendidikan DPPM, Ir Hj. Muhtar Suhaili dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.