Home Berita PAS Sabah

Bersyukur kerana keluarga selamat dalam kebakaran

949
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
20 Jun 2020

TAWAU : Guru PASTI Nurul Izzah ,Cikgu Fauziah Arsjad berasa bersyukur kerana keluarganya selamat dalam tragedi kebakaran 9 buah rumah di Lorong Haji Sundu pada 17 Jun baru-baru ini.

Ketika kejadian, cikgu Fauziah berada di PASTI untuk menyiapkan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Cikgu Fauziah telah bergegas balik sebaik mendapat perkhabaran kebakaran tersebut.

Ketika kejadian nenek, ibu dan beberapa anak saudaranya berada di rumah.

Namun beliau bersyukur kepada Allah swt kerana sebahagian rumah neneknya tidak terbakar.

 “Dengan izin Allah orang-orang kampung membantu dengan membongkar dinding rumah kami untuk mengelak daripada turut dijilat api” katanya.

Manakala pada 20 haribulan Jun, Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Sabah di ketuai oleh Timbalan Pengerusinya , Cikgu Jumrah Djamali telah melawat Cikgu Fauziah serta keluarga.

Dalam lawatan tersebut, Cikgu Jumrah telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Cikgu Fauziah mewakili Majlis Guru PASTI Malaysia.

Diikuti sumbangan dari Majlis Guru PASTI Kawasan Tawau (MGPKT) yang diwakilkan oleh Ketua MGPKT, Puan Hasni Abd Latif.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Puan Siti Rahmah Bandu.