Home Artikel PAS Sabah

PAS Kawasan Tawau,PASTI Negeri Sabah dan PASTI Tawau hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

332
SHARE

 

Oleh : Nur Marlyannah Umar
20 Jun 2020

TAWAU : Rumah seorang guru PASTI Fauziah Arsjad dan rumah seorang    pelajar PASTI Nurul Izzah , adik  Mohammad Iman Firdaus bin Mohammad  telah musnah dalam kejadian kebakaran yang melibatkan 9 buah rumah di Lorong Haji Sundu , di sini , Rabu baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Ustaz Rosli Hassan mewakili PAS Kawasan Tawau memberi sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga yang terlibat.

Diikuti sumbangan dari PASTI Negeri Sabah dan PASTI Kawasan Tawau yang diwakili Pengarah PASTI Negeri Sabah, Akram Dollah dan Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan.

Selain itu, sumbangan lain diberikan kepada guru PASTI Nurul Ain, cikgu Aisyah Latomba dan seorang waris murid PASTI Nurul Ain yang hampir kehilangan rumah akibat kebakaran tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerja PASTI Negeri Sabah, Suryanshah Idris.