Home Berita PAS Sabah

Bersusah payah sunnatullah menuju kemenangan

138
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
24 Ogos 2022

KOTA KINABALU : Menjadi sunnatullah, perjuangan Islam perlu lalui banyak ujian, menuntut usaha dan kesabaran menuju memenangkan Islam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para Nabi dan Rasul menghadapi kesusahan dalam perjuangan dan tidak menggunakan asbab kemuliaan untuk berdoa supaya terus diberi kemenangan.

“Mereka sanggup bersusah payah berjuang sehingga ada yang mati digergaji, tidak sempat melihat kemenangan, seperti Nabi Zakaria tetapi disisi Allah, mereka sudah berjaya.

“Orang lama sudah berjaya menjadi perintis, membuka jalan dakwah. Lalu peranan kita adalah untuk menjadi mata rantai perjuangan bukan pemutus,” katanya sempena Liqa’ Khas Pantai Barat, di sini baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan ahli agar mencari ruang dakwah dalam apa-apa sektor serta agensi dengan pelbagai cara dan menunjukkan akhlak yang baik adalah lebih berkesan tanpa perlu bercakap banyak.

Menurut beliau lagi, Islam datang untuk memberi nilai baik dalam kehidupan kerana Islam adalah agama yang mahal nilainya.

“Pertolongan Allah jadi prasyarat penting kemenangan Islam jadi jaga serta patuhi perintah Allah dan soal kemenangan itu, kita serah kepada Allah.

“Kadang-kala Allah tidak memberi, tangguh atau terus memberi kemenangan dan semua ini adalah hak Allah,” ujar beliau lagi.

Program tersebut dihadiri lebih 150 orang ahli dan pimpinan PAS Sabah. Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat Dr Bala Chandran Gopal Krishnan dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah, Issac Wong.