Home Berita PAS Terengganu

Adil, Prihatin, Berkebajikan jadi tawaran PAS

14
SHARE

SHAH ALAM – Pada tahun ini PAS menawarkan untuk melaksanakan tiga konsep penting Adil, Prihatin dan Berkebajikan yang juga diangkat sebagai tema pada Muktamar PAS Ke-69.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ia merupakan hala tuju dan pendekatan yang diambil bagi mengisi kemenangan.

”Dengan meletakkan jaminan kepada seluruh rakyat sama ada dalam kalangan Islam atau bukan Islam, bahawa perjuangan PAS di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS dan Perikatan Nasional (PN)bersama seluruh wakil rakyatnya wajib mengisi kemenangan sekadar bidang kuasa yang ada,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ucaptama Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut katanya, keadilan yang ingin dibawakan adalah meliputi aspek akidah, syariat dan akhlak.

”Termasuk politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, keluarga, masyarakat dan lain-lain,”katanya.