Salam Maal Hijrah 1443.
Nabi Muhammad SAW adalah suri teladan yang diangkat menjadi ketua pimpinan sehingga Madinah menjadi model negara Islam gemilang dengan orang bukan Islam boleh hidup bersama secara harmoni.
Dalam konteks umat Islam hari ini, sewajarnya Baginda dicontohi kerana berjaya menyatukan umat atas dasar politik Islam.
Sempena Maal Hijrah ini marilah kita sama-sama bersatu padu atas dasar iman dan takwa kepada Allah.
Semua Umat Islam adalah bersaudara.
Kita bersatu seia sekata semata mata mencari keredhaan Allah SWT.
Tidak lupa juga kita sewajarnya bersatu untuk negara yang dicintai.
Bersama membangunkan negara.
Hidup rukun damai secara bersama, demi untuk rakyat keseluruhannya.
Islam Memimpin.
Umat Sejahtera.
Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.