Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | PAS Kawasan Kuala Langat berpendirian dengan tegas menyatakan bahawa jangan biarkan anasir-anasir jahat yang bersatu mahukan Islam berpecah memanipulasi minda kita sebagai ahli PAS, biarkan mereka dengan kata-kata keji mereka.
Sumber berita Free Malaysia Today (FMT), memaparkan jawapan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hanya mengabaikan mereka yang dengan unsur jahat mahu menjatuhkan hubungan perdamaian PAS dan UMNO.
Memetik kata-kata Tuan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), “Ikut suka orang nak beri nama kepada kita, kita buat kerja kita, orang nak kata apa pun, kita teruskan dalam kerja kita”.
Oleh itu, abaikan segala elemen-elemen keji yang dapat menghancurkan hubungan murni penyatuan ummah ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor