Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Berkerusi Roda Bukan Penghalang Hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS

51
SHARE

 

Shah Alam, 18 Okt –Β Pemerhati dalam keadaan berkerusi roda juga kelihatan tidak melepaskan peluang hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS yang ke-63.

Seawal jam 6.30 petang, IDCC Shah Alam mula dibanjiri para perwakilan berpakaian hijau putih yang hadirnya dari seluruh Malaysia, bersiap sedia untuk bermuktamar selama 2 hari iaitu 18 – 19 Oktober 2023.

Kegahan dan keindahan dewan IDCC menaikkan lagi keceriaan para perwakilan yang mengambil peluang ini bagi mengeratkan ukhwah sesama sendiri.

Masing-masing turut bergambar di ruang ‘photobooth’ sekitar luar dewan IDCC ini sebagai kenangan.

Seperti Firman-Nya yang berbunyi :

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah Al-Hujurat :10)

Muktamar kali ini dengan membawa tema “Penyatuan Ummah, Menuju Kemenangan” memberikan signal pentingnya penyatuan Ummah di kalangan Muslimat PAS Malaysia.