Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak: Sukan PASTI Medan Ukhuwwah dan Silaturrahim

39 views
SHARE

KAMUNTING, 4 Mac – Sukan tahunan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menjadi medan untuk merapatkan hubungan ukhuwwah dan silaturrahim antara ibu bapa, guru dan para pelajar.

Pengarah PASTI Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Fitri Abdullah Sulong berkata aktiviti tahunan tersebut amat penting sebagai kayu ukur mutu dan perkhidmatan institusi pra-sekolah itu kepada masyarakat .

“Di samping itu, buat pertama kalinya pada tahun ini , PASTI Bukit Gantang telah mengadakan sukan PASTI mengikut 3 DUN dalam parlimen Bukit Gantang di 3 lokasi yang berlainan , ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam acara pembahagian hadiah kepada para pemenang Sukan PASTI DUN Kuala Sepetang pada 4 Mac yang lalu , di Padang Taman Mewah Fasa 2 , dekat sini.

Sebelum itu ,beliau telah hadir pada sukan PASTI DUN Trong yang diadakan di Padang Sungai Tinggi , Trong.

Sukan yang mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan ini dimulai dengan perbarisan masuk para kontinjen dari seluruh PASTI DUN Kuala Sepetang diikuti dengan bacaan doa, ikrar sukan dan nyanyian lagu Negaraku serta PASTI.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Penyelaras DUN Kuala Sepetang , Tuan Haji Rahim Ismail.

Pelbagai aksi dan ragam peserta jelas menunjukkan semangat kesukanan dalam diri mereka, bahkan guru-guru PASTI serta ibu bapa juga turut sama memberikan semangat kepada anak-anak PASTI ini.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir kira-kira pukul 12 tengahari.