Home Artikel PAS Selangor

Berinteraksi Bersama Rasyid Sidek – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

458
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

“ni gambar abg kan? Saya kecil-kecil dulu hebat macam ni la” haha Rasyid Sidek gelak, tak percaya la tu.

Rasyid Sidek adalah pemain badminton yang sangat saya minati waktu zaman sekolah dulu. Memang duduk depan TV kalau Rasyid Sidek tengah main.

Walau tak sehebat beliau (langit bumi jauhnya)
Tapi boleh la main, tak la jadi lauk haha

Ramai jugak bertanya eh macammana korang siapkan projek tugu ni ye 7 minggu je siap dah. Ok ni saya kongsikan.

  1. positif & optimis

Alhamdulillah pengarah projek Saidul Marjuni (Pengarah DACS Kuala Langat) sangat positif dan optimis projek ni akan berjaya walau berbekalkan hanya berapa RM sahaja pada peringkat awalnya dengan berkat doa dan sebaran maklumat ramai yang memberikan sumbangan sehingga ia berjaya dilengkapkan. Terima kasih para penyumbang.

Positif pada diri memberikan kita kekuatan yang susah jadi mudah yang lambat jadi cepat.

  1. Kerjasama & komitmen

Allah hadirkan para sukarelawan yang sangat komitmen dalam menggerakkan usaha ini semua mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Kerjasama yang sangat hebat antara sukarelawan tunjang kekuatan projek ini dapat disiapkan secepat ini.

Setiap Sabtu ahad mereka hadir untuk menyiapkan bermula dengan membersihkan kawasan sekitar, mengecat, meratakan tanah, menebang pokok, melukis, membina tembok dan semuanya sehingga selesai.

Dari yang berumur sampailah yang paling muda berumur 12 tahun turut membantu cikgu arun berbangsa India juga antara yang komited hadir membantu. Tanpa kerjasama mereka tidak mungkin semua ini dapat dilaksanakan.

  1. Doa & Harapan

Masyarakat dan warga maya yang sentiasa memberikan sokongan dan doa buat kami. Setiap posting yang ditularkan oleh DACS Kuala Langat alhamdulillah mendapat sokongan serta doa yang baik dari masyarakat.

Terima kasih buat semua yang menyokong usaha ini. Doakan Team DACS Kuala Langat serta para SAHABAT Sukarelawan diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat pada Agama dan Negara InsyaAllah.

Jaga diri guys Covid19 semakin tinggi moga Allah pelihara kita semua InsyaAllah.

Hanif J
Berasa nikmatnya sebuah kerjasama yang kuat.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#dacskualalangat
#SAHABATsukarelawan
#youth4green