Berikan Senyum Yang Terindah
24 Jun 2017, Permatang Pauh : Skuad Prihatin dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) terus giat dengan Misi mereka menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Baru-baru ini, iaitu tanggal 17 Jun 2017 yang lepas, Skuad Prihatin berada di Permatang Pauh Pulau Pinang menjejaki golongan MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim) bagi menyampaikan sumbangan melalui program Semarak Kasih Ramadhan.
Rata-rata penerima sumbangan yang diziarahi kebanyakkannya mengalami masalah penyakit Strok. Penerima sumbangan merasa amat terharu dan gembira menerima kunjungan Team Skuad Prihatin tersebut. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi LKK DMPM iaitu Dr. ‘Uyun Abd Malek diiringi oleh Puan Alifah selaku Ketua LKK DMPN Penang serta Ketua Muslimat Kawasan Permatang Pauh.
Semoga dengan sumbangan yang telah disampaikan itu, dapat mengurangkan beban penerima yang sedang dalam kesusahan. Manakala, ianya juga dapat menambahkan pahala kepada semua penyumbang yang telah banyak menyumbang untuk program Semarak Kasih Ramadhan yang telah dijalankan seawal bulan Ramadhan lagi.
Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
{jathumbnail off}