Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

1667
SHARE

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Tema Hari Guru tahun ini menyentuh tentang peranan guru dalam mendidik generasi masa kini meskipun berhadapan dengan ujian wabak Covid-19.

Kita menyaksikan sendiri kreativiti guru Malaysia dalam meneruskan perkembangan ilmu dalam norma baharu melalui atas talian apabila Malaysia merekodkan carian frasa ‘Google Classroom’ tertinggi di dunia.

Ini membuktikan kesungguhan para guru kita dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap berlaku walau dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru amat wajar untuk kita semua sentiasa menghargai segala jasa guru tanpa mengira hari dan waktu.

Buat para guru, walau apa sahaja bidang kalian, teruslah membimbing anak bangsa kita dengan penuh dedikasi.

Untuk yang beragama Islam, sentiasalah ingatkan anak didikmu untuk lebih mengenal Allah SWT.

لَوْ لاَ اْلمُرَبِّيْ مَا عَرَفْتُ رَبِّيْ

“Jika bukan kerna guruku, mana mungkin daku dapat mengenal akan Tuhanku”

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik di Malaysia.

Terima kasih Guru!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Ramadhan 1441H
16 Mei 2020M