
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor meneruskan agenda kebajikan. Kali ini, anggota Amal turun ke Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 Bukit Beruntung bagi sama-sama membantu gotong royong sekolah.
Anggota Amal bersama pihak pengurusan sekolah melakukan gotong royong membersihkan persekitaran sekolah, memotong dahan-dahan besar pokok, mengecat dan lain-lain kerja pembersihan.

Anggota Amal yang turun diketuai oleh Tuan Azlan Penolong Pengarah Sektor IT & Penerangan JAMNS serta dengan penglibatan guru-guru dan ibubapa.
“Program Gotong Royong Perdana Membanteras Denggi 2020” diuruskan oleh warga sekolah dikalangan guru-guru, ibubapa dan murid-murid.