
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor menerima sumbangan lebih 170 papan telur buat mangsa banjir. Sumbangan diberikan oleh Sahabat Insani Malaysia yang diterajui oleh Dr Huzairi bersama anak-anak beliau.
Dalam masa yang sama JAMN Selangor juga menerima sumbangan peralatan mencuci 4 set water jet dan life jackets sumbangan daripada Tuan Mohd Faizal Zainuddin mewakili Persatuan Generasi Prihatin (Gen-P), juga sumbangan makanan segera dan minuman dari Honda serta makanan pertugas dari Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi.

Untuk makluman, JAMN Selangor masih lagi menerima sumbangan dan boleh menghantarnya di Markas Operasi kami di Pejabat PAS Kawasan Bangi, Selangor.

Terima kasih tidak terhingga buat semua penyumbang, semoga Allah merahmati Amal jariah yang telah berikan dan hanya Allah sahaja mampu membalasnya.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#BeramalKeranaAllah
#JabatanAmalMalaysia
#JabatanAmalMalaysiaNegeriSelangor