
Hari ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang diketuai oleh Tuan Baharuddin Roz selaku Penolong Pengarah Sektor Operasi JAMNS turun bersama beberapa anggota Amal dalam operasi ini.

Lokasi kejadian di Taman Harmoni, Balakong kawasan Puchong. Tugasan yang diberikan kepada anggota Amal ialah seperti melakukan penyediaan Unit Medik dan menyediakan makan minum kepada petugas – petugas agensi kerajaan yang terlibat.

Selain penyediaan makan minum dan medik, anggota Amal juga ditugaskan bersama – sama agensi kerajaan dalam operasi mencari mangsa lemas yang hanyut di bawa arus besar semasa hujan lebat semalam
26 Zulkaedah 1441H | 17 JULAI 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan