Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Bengkel Strategi & Halatuju Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

66 views
SHARE

BENGKEL STRATEGI & HALATUJU DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN 2019.

Pada 7 Julai 2019 yang lalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPN9) telah mengadakan Bengkel Strategi & Halatuju DPPN9 bertempat di Linggi, Port Dickson.

Bengkel tersebut melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Kerja DPPN9 dan Ketua-ketua Pemuda serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Negeri Sembilan.

Bengkel turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Haji Rafiei Mustapha, yang baru sahaja diumumkan pelantikannya oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan merakamkan penghargaan kepada Pesuruhjaya baharu di atas kehadiran dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan untuk Ahli Jawatankuasa Kerja DPPN9 & Ketua-ketua Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Negeri Sembilan.

#DemiIslam
#IslamMemimpinPerpaduan

__________
Ikuti perkembangan terkini daripada kami, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan melalui platform media sosial :

Facebook : www.fb.com/pemudapasnegeri9
Twitter :www.twitter.com/pemudapasn9
Instagram : www.instagram.com/pemudapasnegeri9
Portal Rasmi CPP : negerisembilan.pas.org.my
Youtube : www.youtube.com/nismilantv