Oleh : Sarfaraz AhmadPENANTI: _Akademi Penulisan Harakah_ dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Penulisan Haraki di Sekolah Rendah Bahrul Ulum (SRIBU), di sini, Sabtu lalu.
Bengkel yang turut disertai wakil PAS Kedah itu berobjektif melatih penulis negeri dengan penulisan berinformasi dan ilmiah, selain untuk mendedahkan peserta dengan teknik penulisan sebenar.
Antara bentuk penulisan diberi penekanan pada bengkel sehari itu ialah pemberitaan dan kenyataan media rasmi disampaikan oleh Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Pengarah Jabatan Penerangan Pemuda PAS Pusat, Izwan Abdul Halim.
Hasrat dari penganjuran bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan jihad penulisan dengan harapan penambahan bilangan penulis akan meningkatkan peranan agen penerangan dalam masyarakat.