Home Artikel PAS Selangor

Bengkel Pena Keramat Hulu Langat

64 views
SHARE

Prima Saujana, 21 April 2019 – Bengkel Penulisan Copywriting PENA KERAMAT peringkat Kawasan Hulu Langat yang berlangsung kelmarin di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para peserta.


Bengkel anjuran Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat disertai oleh 24 orang peserta muslimat dari seluruh cawangan PAS Kawasan Hulu Langat. Para peserta didedahkan dengan ilmu dan petua penulisan oleh pakar copywritting dan pemasaran Tuan Ahmad Afifi.

Antara yang dibengkelkan ialah berkaitan dengan penciptaan tajuk yang menarik, pengolahan isi yang baik serta teknik-teknik penulisan yang berimpak.

Bengkel tersebut juga memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat menghasilkan artikel penulisan pendek mengikut tajuk yang mereka tetapkan sendiri.

Diharapkan program sebegini dapat melahirkan lebih ramai penulis berkualiti yang mampu merancakkan penyebaran maklumat dan penerangan.

Turut hadir Tuan Haji Md Shahmiour, Ketua Lujnah Penerangan Kawasan Hulu Langat, Puan Hajah Zaiton Ahmad, Ketua Muslimat Kawasan dan Puan Safura Md Isa Ketua Penerangan Dewan Muslimat Kawasan.

Oleh Khawlah al Azwar