Home Berita PAS Perak

Bengkak Dalam Kepala Akibat Tekanan Darah Tinggi | Ziarah Rakyat

1277
SHARE

PEGAWAI KHAS WAKILI ‘PAK TEH’ ZIARAH PENYELARAS MASJID BAGAN SERAI

TAIPING-Sebaik mendapat perkhabaran mengenai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Bagan Serai Ustaz Mohd Amin Abdul Hamid yang telah dimasukkan ke wad C4 hospital Taiping, ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria segera mengarahkan Pegawai Khas beliau untuk menziarah dan mendapatkan info tentang perkembangan terkini keadaan Ustaz Amin.

Susulan dari itu, Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol Encik Ahmad Rosman Razali diiringi staff pusat khidmat menuju ke Hospital Taiping untuk bertemu dengan pesakit. Setelah mendapat keizinan dari pengawal bertugas, pegawai khas bertemu pesakit yang sedang berehat (tidur) selepas melalui proses rawatan.

Menurut penerangan dari isteri yang menemani beliau, ustaz mengalami pembengkakan di dalam kepala akibat tekanan darah tinggi. Walaupun begitu keadaan semakin bertambah baik dan ustaz ada memberikan respon dengan mengangkat tangan tanda sedar atas kehadiran pelawat. Lawatan diakhiri dengan penyerahan sumbangan diterima oleh isteri Ustaz Amin.

Sementara itu YB dalam responnya menyeru masyarakat khususnya di Bagan Serai dan teman-teman yang mengenali pesakit agar turut sama berdoa semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz.

أَسْـأَلُ اللهَ العَـظيـم، رَبَّ العَـرْشِ العَـظيـم أَنْ يَشْفـيه