Home Berita PAS Melaka

Bendera BN di laluan masuk ke pusat penamaan calon Senggarang

357
SHARE

Oleh IBNU JANIE

BATU PAHAT, 26 Feb: Tinjauan Berita PAS di lokasi Dewan Seri Intan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Pusat Penamaan Calon bagi N24 Senggarang semasa berlangsungnya proses penamaan calon mendapati bendera Barisan Nasional (BN) terpasang di kiri dan kanan pintu pagar jalan masuk ke pusat ini.

Perkara ini menimbulkan persoalan tentang isu dwi-standard pematuhan terhadap peraturan dan akta pilihan raya berkaitan pemasangan bendera parti bertanding di kawasan-kawasan berhampiran dengan premis-premis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu tinjauan juga mendapati hanya bendera BN dan tiada bendera parti-parti lain yang dipasang di lokasi yang sama.

PRN ini diadakan setelah DUN Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Januari lepas dengan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkaitan perkara itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.

SPR sebelum ini mengumumkan bahawa penamaan calon ditetapkan pada hari ini, mengundi awal pada 8 Mac sementara pembuangan undi adalah pada 12 Mac.