Home Berita PAS Selangor

Bendahari BPPNS menyeru agar meneruskan bantuan Palestin – Bendahari PAS Selangor

94
SHARE

“Khazanah PAS Selangor” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Seruan bantuan daripada Palestin jangan sesekali diendahkan kerana sebagai saudara seakidah kita harus membela keamanan mereka bersama. Hal ini sangat ditekankan melalui nilai keagamaan mahupun nilai kemanusiaan yang dicabuli dengan teruk oleh Rejim Zionis.

Rakyat Malaysia Telah memberi komitmen yang sangat baik dalam membantu NGO-NGO membuat kutipan sumbangan bagi membantu mereka disana. Hal ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang baik daripada kutipan yang dibuat bernilai jutaan ringgit.

Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Hj Mohd Hasnizan Bin Harun menyeru agar kita terus bantu Palestin.
“Segala kemusnahan memberi kesan besar kepada pembangunan insan, pendidikan, kesihatan serta kediaman mereka” ujar beliau lagi.

Tuan Hj Mohd Hasnizan yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah manginfakkan sebahagian harta mereka ke jalan Allah dan semoga Allah membalas sebaik-baiknya disisinya InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor