Home Artikel PAS Sarawak

BELASUNGKAWA BUAT ALMARHUM CIKGU MOHD SHOKRI AHMAD FAUZI, MANTAN PESURUHJAYA PAS SARAWAK

233
SHARE

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ راجعون.

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Mohamad Shokri Bin Ahmad Fauzi telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.50 malam tadi. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada usaha dakwah, tarbiyah dan siyasah di Sarawak. ??

Almarhum merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak (Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama dari tahun 1995 hingga 2003 selama 9 tahun). Beliau juga pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Sarawak (Protem) dan YDP PAS Kawasan Petra Jaya. Beliau turut pernah bertanding di Kerusi DUN N.07 Samariang mewakili PAS pada tahun 2001 (kali pertama PAS bertanding PRN Sarawak).

Almarhum ini insan hebat dan saya serta kita semua wajar mencemburui semangat beliau yang merupakan antara penggerak awal PAS di Sarawak. Meski berkerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan suatu masa dahulu, namun beliau terus bersemangat untuk hadir ke program-program jamaah sehinggah beliau sakit tenat dan hanya berbaring di katil sebelum dijemput kembali menghadap Ilahi.

Semoga anak-anak Sarawak dapat mencontohi kecekalan dan istiqamah beliau dalam perjuangan. Almarhum Cikgu Mohamad Shokri merupakan salah seorang daripada 4 Tokoh yang telah menerima Anugerah Tokoh Istiqamah sempena Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali Ke-62 di Pusat Tarbiyah Islmiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada tahun 2016.

Berikut adalah maklumat peribadi almarhum yang mudah-mudahan Allah akan menerima segala amalan beliau. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Asal: Petra Jaya, Kuching.
Umur: 61 tahun.
Keluarga: Isteri, Ustazah Sharifah Anom Hj. Omar, Pensyarah Kanan di UiTM Sarawak.
Anak-anak: Ada 7 orang cahaya mata (3 perempuan, 4 lelaki).

Pendidikan: Diploma Perguruan (1980), Ijazah TESL (Teaching English 2nd Language) (2000) dan Ijazah Psaikologi (2007).

Pengalaman Kerja: Hampir 23 tahun mengajar di Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan.

No. Ahli PAS: 352388
Mula terlibat dalam PAS: Sejak tahun 1990

Jawatan yang pernah disandang dalam PAS:
– Ketua Pemuda PAS Sarawak (Protem),
– YDP PAS Kawasan Petra Jaya,
– Pesuruhjaya PAS Sarawak Pertama (1995 – 2003).

Pengalaman dalam politik dan pilihanraya:
– Mewarisi arwah ayah (pengasas Parti PAJAR, Parti Anak Jati Rakyat Swak),
– Diamanah menjadi calon PAS pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 di DUN Samariang.

Semoga Allah redhai beliau. Semoga Allah ampuni dosanya dan terima segala amalannya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Allahumma Aamiin.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْله وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوضَةً مِن رِيَاضِ الجَنَّةِ…وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهُ حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
Yang Berharap Beroleh Husnul Khatimah!