Entah apa masalah bekas menteri bernama Zam ini apabila mencadangkan agar dihapuskan Pusat Tahfiz al-Quran di saat rakyat Malaysia bergerak jauh ke depan memartabatkan institusi Tahfiz. Pusat Tahfiz melahirkan penghafaz al-Quran yang merupakan kalam Allah. Sebahagian mereka juga bergerak selangkah ke hadapan berjaya dalam pengajian akademik sehingga menceburi pelbagai bidang profesional. Kalau pemikiran progresif bermaksud menghapuskan pusat Tahfiz memang sewajarnya pemikiran progresif ini ditentang. Label jumud dan progresif selalu menjadi mainan istilah mereka yang cuba meruntuhkan asas-asas Islam yang benar.
Dr Khairuddin Takiri
AJK DUPP