Home Berita PAS Pahang

Bekas guru-guru wanita Kuantan diziarahi sebagai menghargai sumbangan

81
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 6 Jun :: Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Kuantan telah turun menyantuni beberapa orang warga guru wanita di kawasan Kuantan dalam program Ziarah Cakna Pendidik dalam tempoh seminggu yang lalu.

Pihak pengajur telah menyediakan hamper sebagai buah tangan dan telah menyantuni mereka dengan senyuman dan ramah mesra.

Ketua Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, Faezah Mohammad Sedir dalam ucapan aluannya untuk program ini menyatakan bahawa matlamat utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan PAS dengan warga guru yang telah bersara terutama yang condong kepada PAS.

“Kita juga menziarahi guru-guru yang dulu pernah aktif tetapi sekarang sudah semakin jauh dari gerak kerja perjuangan.

“Moga ukhwah yang terbina itu akan berkekalan hingga melahirkan golongan profesional yang dapat menyumbangkan tenaga, buah fikiran, wang ringgit dan seumpamanya kepada PAS,” kata Faezah.

Ziarah ini telah memberi impak yang di luar jangkaan dari semua yang diziarahi. Mereka berasa diingati dan dihargai.