Home Artikel PAS Pahang

Bazar mini musnah akibat ribut

269
SHARE

Oleh: KHAIRUL IZWAN

MUADZAM SHAH, 20 Apr: Para peniaga sekitar bazar mini depan kedai Mr DIY Muadzam Shah diuji dengan kemusnahan barang perniagaan akibat hujan lebat dan ribut yang melanda.

Hujan lebat beserta ribut yang melanda secara tiba-tiba itu telah memusnahkan kira-kira 12 gerai.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.00 petang itu mengakibatkan kerosakan khemah, balang air, meja dan semua makanan.

PAS Kawasan Rompin, melalui Ketua Penerangannya Syed Razman Syed Mohamed mengucapkan takziah dan mendoakan semoga para peniaga tabah dengan ujian ini.

“Semoga para peniaga ini sabar dengan ujian pada bulan Ramadan ini. Saya mendoakan supaya Allah memberikan limpah rezeki untuk mereka selepas ini.” ujar Syed Razman.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.