Home Berita PAS Selangor

Bantuan disampaikan kepada penduduk yang terkesan – PAS Kawasan Tanjong Karang

87
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 28 Ogos – PAS Cawangan Permatang bersama Masjid Rahmani telah meluangkan sedikit masa menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat COVID-19.

Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.

“Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang”.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan Pusat Khidmat PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604

Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor