Home Berita PAS Selangor

Bantuan Bakul Prihatin kepada 10 keluarga – PAS Kawasan Kuala Selangor

11
SHARE

Khabar PAS Kawasan Kuala Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 30 Julai – PAS Kuala Selangor telah menyerahkan sumbangan bantuan Bakul Prihatin yang diterima daripada Kerajaan Pusat telah disampaikan kepada 10 buah keluarga penerima di Kampung Tanjung Keramat yang telah dikenalpasti terjejas pendapatan semenjak perlaksanaan PKPD.

Sumbangan bantuan tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kuala Selangor, Tn Hj Muhmmad Rashid Mohd Kassim. Turut serta bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor, Pn Aziyan dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kuala Selangor, Ustazah Hasbiah.

Semoga bakul makanan yang diberi dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung keluarga-keluarga tersebut dan juga semoga pemberian tersebut dapat mengembalikan semula senyuman mereka yang telah dikaburi dengan kesusahan sepanjang PKPD berkuatkuasa.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor