Home Artikel PAS Pahang

Bantah ICERD: Julung kali PAS, Umno sepentas di Temerloh hari ini

219 views
SHARE

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar menyeru seluruh masyarakat berdekatan untuk hadir ke Himpunan Kesatuan Ummah Negeri Pahang atau 612 Temerloh bergema hari ini, bersamaan 6 Disember.

 

Katanya, himpunan tersebut sebagai satu semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018.

 

Sementara itu untuk himpunan di Dataran Temerloh hari ini, akan bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan Solat Hajat yang akan diimamkan oleh tokoh ulamak Tuan Guru Haji Mohd Baqi.

 

Seterusnya Kuliah Maghrib Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang juga Pengerusi Pusat Pendidikan Islam An-Nuur diikuti dengan Solat Hajat.

 

Bermula selepas Isya, program dimulakan dengan selawat oleh kumpulan B’Lafzy dan Huffaz.

 

ADUN Beserah Andansura Rabu akan mempengerusikan majlis dengan aluan oleh ADUN Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar, Exco negeri yang juga Pengerusi Bersama Himpunan Aman Kesatuan Ummah Pahang.

 

Selepas itu dituruti pidato oleh Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor yang juga Ketua Muslimat PAS Pahang, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Pengerusi UMMAH Malaysia Haji Kamaruzzaman Mohamad.

 

Seterusnya pidato daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia Dr. Noraini Ahmad, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Naib Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Acara kemuncak ialah pidato daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

 

Semua peserta dipesan agar berpakaian putih dan membawa sejadah atau alas masing-masing.

https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/12/julung-julung-kali-pas-umno-berada.html