Home Berita PAS Wilayah

Bank Negara Malaysia Dan Syarikat Perumahan Digesa Duduk Semeja

1124
SHARE


SETIAWANGSA, 15 April: Dewan Pemuda PAS Setiawangsa dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Perseketuan telah menganjurkan siri bual bicara ‘Teh Tarik For Malaysia’ yang dilangsungkan di Kerisik Tom Yam, Medan Selera AU2 , Setiawangsa semalam.

Program bual-bicara masalah rakyat ‘Rumah mampu milik vs Mampu memiliki rumah’, yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ust Ubaid Abd Akla membaris dua orang pakar ekonomi iaitu Timbalan Pengerusi Lujnah Pembangunanan Ekonomi PAS Pusat, Mazli Zakuan Mohd Noor dan Pengarah Komunikasi FOMCA, Yusof Abd Rahman.

Persoalan yang dilontarkan oleh pengerusi majlis dimana harga rumah yang rata-rata melebihi rm 200,000 di ibukota, tidak mampu dimiliki generasi muda berpendapatan rendah dan sederhana memerlukan penyelesaian.

Menurut Mazli , permasalahan yang tidak berkesudahan itu disebabkan ketidaksefahaman dan saling menuding jari pihak berauthoriti iaitu Bank Negara (Kerajaan) dan syarikat perumahan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik mengakibatkan rakyat semakin terhimpit dengan kos memiliki rumah yang tinggi.

‘PAS untuk sekian kali bersedia menjadi pihak tengah dan mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan dan syarikat perumahan agar dapat berbincang serta membuat penyelesaian terbaik supaya rakyat mampu memiliki rumah’ ujar beliau

‘Cadangan meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama kerajaan dan rakyat dalam satu pakej dikemukakan. PAS mencadangkan perkasa ekonomi rakyat dan ini meningkatkan ekonomi negara dan akhirnya rakyat mampu memiliki rumah dari kesan domino ekonomi. Antaranya disebut dalam manifesto PAS iaitu penghapusan GST, penghapusan hutang PTPTN, Bantuan Fakir Miskin, Pinjaman Qardhu hassan kereta, Bas sekolah percuma dan penstrukturan tol” tambah beliau.

PAS Pusat melalui Gagasan Sejahtera juga menawarkan deposit rumah pertama serendah RM50,000 hingga RM180,000 kepada rakyat selain program sukuk al-ijarah (dokumen hijau) dalam usaha rakyat mampu memiliki rumah.

Panelis Yusof Abd Rahman pula meminta kerajaan mencontohi kesungguhan Kerajaan Singapura yang mengwujud “Housing Development Board(HDB)’ dalam mengurus dan menyelaras pemilikkan rumah. Harga rumah dan kemampuan rakyat disesuaikan agar semua rakyat mampu memiliki rumah.

Sambutan dan tumpuan para penuntun sepanjang bual-bicara ini menunjukkan kebersamaan mereka dengan PAS untuk merungkai kemelut yang melanda generasi muda kini. Majlis tersebut juga disiarkan secara langsung menerusi ‘fb live ‘ PAS Kawasan Setiawangsa dan mendapat maklumbalas yang amat positif.

Turut hadir , Naib Yang Dipertua PAS Setiawangsa, Idris Yaacob dan Pimpinan PAS Kawasan Setiawangsa.

-Lujnah Penerangan PAS Setiawangsa-