Home Berita PAS Perak

Banjir Pulau Pinang : PAS Bukit Gantang Buka Sumbangan Bantuan

861
SHARE

TASEK GELUGOR – Beberapa anggota amal Bukit Gantang hari ini turun padang meneruskan usaha membersihkan beberapa lokasi pembersihan kawasan yang dilanda banjir sekitar negeri Pulau Pinang,  7 November .

Komandan Amal Bukit Gantang , Mohd Ridzuan Bashir berkata, ini adalah sebahagian daripada Misi Bantuan Pasca Banjir Pulau Pinang yang telah disusun oleh Khidmat Malaysia bermula 7 November hingga 10 November.

Operasi telah dimulakan dengan melibatkan pembersihan SRITI Tasek Gelugor dan PASTi AS Syifa yang menempatkan 158 pelajar.

Jabatan Amal Bukit Gantang turut melancarkan gotong royong mengalihkan pokok yang tumbang akibat ribut yang telah menghempap beberapa buah rumah dan menghalang lalu lintas.

Operasi ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad , YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan YDP PAS Tasek Gelugor , Ustaz Khalid Man yang turun memantau dan membantu membersihkan kawasan banjir.

Dalam masa yang sama , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata PAS Bukit Gantang turut melancarkan tabung sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

Menurut Muhammad Faisal , sumbangan ikhlas diharapkan dapat mengurangkan beban dan tekanan yang ditanggung mangsa banjir.

“Kepada yang ingin menyumbang barangan dan keperluan, boleh disalurkan terus ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Simpang”. kata Muhammad Faisal.