Home Timbalan Presiden PAS

Banjir: PAS rakam takziah kepada kerajaan Pulau Pinang

8058
SHARE

PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda. 

Bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah Kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. 

PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan.

Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS
5hb Nov 2017.