Home Berita PAS Terengganu

Banjir; Lapan PPS dibuka di Setiu

12
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka pagi ini kawasan Setiu bagi menempatkan mangsa banjir.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Azmi Maarof, memaklumkan bahawa setakat ini, dua keluarga telah dipindahkan ke pusat di Balai Raya Kampung Bukit, Mak Som.

“Seramai lima mangsa terlibat, termasuk dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang warga emas perempuan,” jelas beliau.

Azmi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, turut menyeru penduduk supaya sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya ingin menasihati semua penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk berpindah jika menerima arahan daripada pihak jawatankuasa bencana daerah,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu, di DUN Jabi pula satu pusat PPS dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Apal Jabi.

Katanya, jumlah keluarga yang terkesan sebanyak 25 keluarga terdiri 75 mangsa.

“Lelaki dewasa seramai 30 orang, perempuan dewasa, 23 orang, kanak-kanak lelaki, 11 orang.

“Manakala kanak-kanak perempuan, enam orang dan warga emas lelaki, lima orang,” tambah beliau.

Manakala di DUN Permaisuri enam PPS dibuka antaranya di Sekolah Kebangsaan KG BESUT yang melibatkan 19 buah keluarga.

“Jumlah mangsa ialah 78 orang terdiri daripada lelaki dewasa, 28, perempuan dewasa, 17 orang.

“Warga emas lelaki, sembilan orang, warga emas perempuan, 11, kanak lelaki, lima, kanak perempuan, enam dan bayi lelaki, dua,” katanya.

“Manakala di PPS Balai Raya KG Besut berjumlah 12 keluarga yang terdiri 61 orang mangsa.

“Lelaki dewasa, 17, perempuan dewasa, 18, warga emas lelaki, satu, warga emas perempuan, dua, kanak-kanak lelaki, 15, bayi lelaki, tujuh, bayi perempuan, satu,” katanya.

Selain itu, PPS Balai Raya Baru Seladang menempatkan 19 buah keluarga yang terdiri 83 orang mangsa banjir.

“Lelaki dewasa, 27, perempuan dewasa , 17, warga emas lelaki, tujuh, warga emas perempuan, tujuh, kanak-kanak lelaki, 12, kanak-kanak perempuan, lapan.

“Bayi perempuan, satu, Orang Kurang Upaya (OKU) lelaki , tiga, OKU Perempuan, satu.\

“Di PPS Balai Raya Alor Serdang berjumlah keluarga satu sahaja terdiri lima orang mangsa.

“Lelaki dewasa, satu, perempuan dewasa, satu, kanak-kanak lelaki, dua, kanak-kanak perempuan , satu,” tambah Azmi.

Di PPS Balai Raya Kampung Che Long jumlah keluarga yang dipindahkan ialah satu terdiri enam orang mangsa.

“Lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, satu, kanak-kanak lelaki, satu, kanak-kanak perempuan, satu.

“Seramai lapan orang mangsa yang terdiri dua buah keluarga ditempatkan di PPS Balairaya Seri Bayas.

“Lelaki dewasa, satu, perempuan dewasa, tiga, warga Emas Perempuan, satu, kanak-kanak lelaki , satu dan bayi perempuan, dua orang,” jelas beliau lagi.