Home Berita PAS Pahang

Banjir kilat ulangan di KotaSAS diberi perhatian

138
SHARE

Oleh: KHASDI KOSNIN

INDERA MAHKOTA, 5 Mac :: Sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna menyebabkan berlakunya banjir kilat di Taman Perumahan KotaSAS Presint  3/9, dekat sini baru-baru ini.

Tindakan segera komuniti sekitar perumahan bersama dengan anggota Jabatan Amal Malaysia Indera Mahkota telah membuat operasi pembersihan di 13 buah rumah yang terlibat.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang tidak mahu namanya dikenali berkata, “Banjir kilat ini adalah kali kedua berlaku, kami telah pun membuat aduan kepada pihak yang bertanggung jawab, dan berharap dapat diatasi dengan segera kerana keadaan cuaca yang sering hujan sekarang,”.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Indera Mahkota Ustaz Zulfadhli Zakaria, bersama Ketua PAS Cawangan KotaSAS Azman Musa dan ahli-ahli jawatan kuasanya telah turun ke lokasi dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terlibat.

“Semasa menyantuni mereka, kami cuba membantu mencari beberapa solusi mengenai isu sistem perparitan dan saliran sebagai tanda cakna kami kepada mereka yang terlibat,” kata Zulfadli.

Beliau seterusnya berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera supaya ianya tidak berulang lagi.