Home Berita PAS Perlis

22 guru SRITI Perlis terima diploma

364
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

BALING, 6 Mac: Seramai 22 orang pendidik dari negeri Perlis telah menempa sejarah apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menerima diploma sempena Majlis Konvokesyen SRITI Malaysia Kali Pertama pada 5 Mac yang lalu.

Mereka merupakan sebahagian daripada 199 orang graduan dari seluruh negara yang dianugerahkan Diploma Pendidikan SRITI Malaysia (DPSM).

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan SRITI Malaysia itu berlangsung secara bersemuka di Dewan Eksperimental UniSHAMS Kuala Ketil, di sini.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para graduan agar menjadi murabbi yang sentiasa menyedarkan manusia agar mempersiap diri menuju Allah SWT.

Turut ditekankan, peranan yang perlu dimainkan oleh para pendidik dalam mengangkat martabat bidang pendidikan.