Home Rencana PAS Selangor

Banjir di Sepang: tiada apa yang boleh diharap – DPPK Sepang

165
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

elangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Lajnah Penerangan & Media Baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang

1. Hampir setiap tahun, apabila hujan lebat atau hujan yang berterusan, setiap kali itulah keluhan mula berlaku di kalangan masyarakat yang tinggal di Sepang khususnya Dengkil, Labu Lanjut, Giching, dan Salak.

2. Kita jadi hairan, apakah tugas ahli parlimen Sepang dalam menangani masalah ini? Baru-baru ini, banjir besar berlaku di Sepang, sehingga tenggelamnya kereta. kawasan taman perumahan yang berhampiran dengan sungai di naiki air sehingga paras pinggang. Barang-barang keperluan rumah hampir 80% rosak.

3. Meneliti semula kaedah penambahbaikan dalam membina BAN yang lebih baik perlu diambil peduli. Pemuda PAS Sepang mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Tuan Ibrahim dan Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air serta seluruh barisan kumpulan KASA yang mengambil cakna masalah ini serta mengambil tindakan pantas dalam masalah banjir yang berlaku di Sepang.

4. Walaubagaimanapun, kebimbangan kami, sampai bilakah masalah banjir ini akan berlaku? “Mengharapkan tindakan daripada YB Parlimen Sepang……hurmm, tak payahlah berharap sangat”.

5. Terima kasih kepada tentera semut merah, Jabatan AMAL Sepang di atas tindakan yang pantas dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

6. Tuan/Puan; Pahala hasil berbuat kebajikan berhak direbut dan diarasai bersama. Sumbangan/Infak/Sedekah dari Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun rasmi, untuk menyokong aktiviti kebajikan kami! Salurkan ke akaun NGO Pertubuhan Prihatin Sepang 562263512325 Maybank.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor