Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA SELANGOR, 21 September – Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Selangor, Pn Aziyan bersama Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kuala Selangor, Ustazah Hasbiah semalam telah turun ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Rendah Parit Mahang dan Tanjong Siam, Kampung Kuantan.
Mereka turun sebaik sahaja mendapat berita bencana banjir yang telah melanda kawasan Parit Mahang dan turut melibatkan 5 buah keluarga.
Menurut penduduk di Tanjong Siam dan Parit Mahang, mereka mendakwa air mula naik sejak subuh pagi semalam dan air melimpah dari sungai berdekatan.
Ketika tinjauan dibuat, Pn Aziyan dan Ustazah Hasbiah mendapati bahawa, mangsa banjir belum dipindahkan lagi ke pusat pemindahan banjir. Melihat keadaan demikian, mereka telah mengunjungi rumah beberapa penduduk untuk meninjau apa keperluan yang diperlukan mangsa.
Pn Aziyan yang juga merupakan Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kuala Selangor bersama team pusat khidmat telah menyampaikan bantuan air mineral dan roti kepada beberapa penduduk.
Sebelum beredar, Pn Aziyan dan Ustazah Hasbiah, sempat mendengar taklimat daripada DO dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang hadir.
Selepas itu, mereka bergegas ke Tanjong Siam bagi menyampaikan bantuan kepada seorang guru Pasti Al Munir 2 yang tinggal disana dan rumahnya terjejas.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor