Home Rencana PAS Selangor

Jom vaksin – YDP PAS Kawasan Puchong

39
SHARE

May be an image of text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Puchong

Oleh : Ustaz Dr Muhamad Zuhaili Dr Hj Saiman
YDP PAS Kawasan Puchong

PAS Puchong mengajak orang ramai untuk menjayakan program vaksinasi yang telah diusahakan oleh kerajaan sebagai ikhtiar dalam mencegah jangkitan dan mengurangi risiko kesan pandemik COVID-19.

Program vaksinasi ini telah pun menunjukkan kejayaan dalam peralihan fasa-fasa yang dirancangkan sebagaimana dalam Pelan Pemulihan Negara.

Status hukum vaksin dan status keselamatan vaksin ini telah pun diiktiraf serta tidak wujud polemik sebaliknya.

Daftarkan diri anda menerusi MySejahtera dan terus hadir ke tempat PPV yang menerima pendaftaran secara walk-in bagi tujuan suntikan vaksin ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor