Oleh : Ez
BUKIT GANTANG, Keadaan hujan lebat berterusan lebih tujuh jam menyebabkan beberapa kawasan mukim Matang terutamanya di Kampung Jebung di sini dilanda banjir kilat ,awal pagi semalam.
Senario hujan lebat berulang sepanjang hari menyebabkan beberapa rumah penduduk di sekitar sini terjejas akibat banjir kilat.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Rendah Kebangsaan Matang di sini semalam.
Idris dibawa ke taklimat banjir yang disampaikan oleh Penghulu Matang, Nasaruddin Mawi sebelum melawat mangsa banjir di sekolah berkenaan yang menempatkan 30 keluarga.
Beliau turut menghulur sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir selain bertanya khabar dan meminta mereka bersabar terhadap musibah yang melanda.
Turut sama menziarahi mangsa banjir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang, Muhammad Fadhil Abdullah dan Komandan Amal Bukit Gantang, Ridzuan Basir.