Home Kenyataan Media PAS Johor

Banjir : 26 kawasan di Johor siap siaga sedia – PJ

131
SHARE

PAS JOHOR KERAH 26 PAS KAWASAN SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

Memandangkan musim tengkujuh telah bermula sejak beberapa hari di Negeri Johor.

Setakat ini dilaporkan sudah lebih 1623 orang telah dipindahkan dan 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

Oleh itu, PAS Johor telah mengambil langkah awal dalam menghadapi banjir kali ini dengan menggerakkan Khidmat Malaysia (KM) Negeri Johor dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Johor untuk memantau situasi semasa banjir.

Justeru PAS Johor menyeru kepada semua 26 PAS Kawasan untuk mula aktifkan Bilik Operasi (BO) Banjir di bawah Khidmat Malaysia (KM) Kawasan bagi mengambil langkah-langkah berwaspada dan sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

PAS Johor mengajak semua ahli PAS dan seluruh anggota masyarakat agar terus berdoa dan merayu kepada Allah SWT melindungi kita semua dari bencana banjir kali ini.

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
2 Januari 2022