Dengan bentuk geografi yang meliputi 1765km kawasan pesisir pantai yang panjang dan juga cantik, Sarawak sewajarnya mempunyai Bandaraya Pelancongan Pesisir Pantai yang setaraf Port Dickson dan yang sewaktu dengannya.
Pembangunan industri pelancongan yang kini menjadi antara fokus utama kerajaan negeri dengan mencatakan jumlah pelancong seramai 4.8 juta org (2016) serta menjana hampir RM11 billion (2016) perlu kepada pemfokusan dan perancangan pembangunan fasiliti yang lebih baik.
Kerajaan negeri perlu mengambil peluang akan keindahan kawasan pesisir pantai Sarawak dengan melaksanakan pelan pembangunan Pantai Peranginan. Fokus utama perlu di beri dalam membangunkan jaringan jalan raya yang baik serta pembangunan fasiliti termasuk resort, kemudahan awam, restoran, taman tema dan sebagainya.
Kawasan yang dilihat berpotensi di bangunkan adalah pesisir pantai bekenu-Miri yang mampu menarik pelancong dari Brunei, Sabah, Semenanjung Malaysia dan luar negara. Dengan kehadiran pelancong asing ke Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah, kawasan Pantai Peranginan Bekenu-Miri ini nanti di anggap kawasan “persinggahan” yang bakal di lawati oleh pelancong apabila di bangunkan. Ini akan dapat mengembangkan lagi sektor industi pelancongan negeri Sarawak pada masa akan datang.
Sejahtera Bersama Islam
Muhammad Afiq b Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak