Home Artikel PAS Selangor

Bangsa Yahudi yang tidak kenang budi – PAS kawasan Kuala Langat

77
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Kuala Langat | Jika mendalami sejarah kependudukan Yahudi di bumi Palestin, sebenarnya Yahudi ini dahulunya adalah golongan pendatang ke Palestin dan orang Palestin boleh menerima dengan baik.

Pada awal abad ke 19 mereka hanya mewakili 8% daripada keseluruhan penduduk Palestin malah Simon Perez yang menjadi Perdana Menteri Israel selama dua penggal mengikat janji setia sebagai warga negara Palestin. Pendek kata duduk dibawah naungan dan pentadbiran Kerajaan Palestin.

Namun sekarang, apa yang dilakukan oleh kaum pendatang ini kepada rakyat Palestin. Mereka menjarah seakan tanah bumi Palestin milik mereka yang asal. Umat Islam seharusnya mempelajari sejarah ringkas ini. Harapan agar peristiwa sebegini tidak berlaku di dalam negara umat Islam yang lain khususnya negara Malaysia yang tercinta ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor