Home Kenyataan Media PAS Kedah

Bangkit Ummat Islam Pertahankan Baitulmaqdis

120 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
18 Rabiulawwal 1439 | 7 Disember 2017

1- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan pengumuman Donald Trump yang telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.

2- Pemuda PAS Kedah merasakan ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap bagi ummat Islam dan bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi yang seluruh dunia menyaksikan keangkuhan dan kezaliman mereka terhadap ummat Islam di seluruh dunia.

3- Tanda bantahan kita terhadap kebiadaban ini dan kebersamaan kita bersama ummat Islam di Palestin, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah  mengajak seluruh umat Islam untuk berdemontrasi secara aman menyatakan solidariti ummah di hadapan Masjid Nurul Ehsan,Langgar dan Masjid Sultan Abdul Halim Kampung Permatang Tok Dik Padang Serai sejurus selepas solat Jumaat, 8 Dis 2017.

4- Saya menyeru seluruh pemuda Islam di seluruh negeri Kedah dapat turun dan  hadir beramai-ramai untuk menyatakan bantahan kita kepada pengiktirafan BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel.

“JIHAD MENUJU KEMENANGAN”
“Mara Menuju Cita”

USTAZ SALIM MAHMOOD

Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah