DACS Selangor Duta Anak Muda | Department Of Art, Culture And Sport (DACS) Selangor
Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Mantan Pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Bermula dari tahun 2004 selepas tamat alam kampus sehingga kini tahun 2021 masih lagi bersama DACS. Semalam di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah detik terakhir memegang taklifan DACS sepanjang 17 tahun melayari bahtera suka duka melaksanakan amanah jamaah bersama sahabat-sahabat seperjuangan.
Alhamdulillah, Allah swt beri peluang berkhidmat di dalam segmen dakwah melalui kesenian, kebudayaan dan sukan ini dari bawah sampai ke atas. Bermula sebagai:
1. AJK DACS Dewan Pemuda PAS Gombak.
2. Pengerusi DACS Dewan Pemuda PAS Gombak
3. Pengerusi DACS PAS Kawasan Gombak
4. Pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
5. Timbalan Pengarah DACS Dewan Pemuda Malaysia.
6. Pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Malaysia
Cabang gerak kerja PAS ini terbahagi kepada 3 iaitu Tarbiyah, Siasah dan Dakwah. DACS berada di dalam segmen dakwah dalam gerak kerja PAS. Membawa mesej Islam di dalam sukan, kesenian dan kebudayaan untuk masyarakat. Islam hadir bukan untuk menyekat tetapi untuk memberi panduan kepada kita bagaimana sukan, kesenian dan kebudayaan itu boleh membawa kita ke syurga dan mendapat redho daripada Allah swt.
Terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat yang bersama dalam melayari bahtera perjuangan DACS ini terutamanya para penggerak DACS Selangor dan DACS Malaysia. Diri ini bersaksi sesungguhnya kalian telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi perjuangan Islam yang suci melalui segmen dakwah sukan, kesenian dan kebudayaan.
Antara kenangan terindah di dalam mengemudi DACS di pelbagai peringkat ialah kami berjaya menubuhkan 14 buah kelab sukan dan kesenian bagi menyantuni masyarakat dengan motto “DACS Duta Anak Muda”. Motto ini aku perkenalkan pada mesyuarat pertama sewaktu menjadi Pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Malaysia. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi motivasi kepada para penggerak DACS di seluruh negara untuk menjadikan aktiviti DACS ini sebagai pilihan utama anak muda untuk sertai. Selain daripada Alternative Riding Club (ARC) yang telah terkenal di seluruh negara, kelab lain juga berjaya ditubuhkan seperti:
1. Alternative Cycling Club (ACC)
2. Alternative Photography Club (APC)
3. Alternative Horse Riding and Archery Club (AHRAC)
4. Alternative Martial Arts Club (ALMAC)
5. Alternative Trekking Club (ATC)
6. DACS Football Club
7. DACS Academy Football Club
8. DACS Fit
9. DACS Buskers
10. Alternative Band Club (ABC)
11. Alternative 4 Wheels Club (A4C)
12. Alternative Fishing Club (AFC)
13. DACS Motorsports Club (DMC)
Seronok apabila dapat menyantuni pelbagai orang dan masyarakat melalui kelab-kelab yang DACS tubuhkan di atas. Sesungguhnya mereka mendambakan sentuhan Islami dalam gerak kerja kesukanan dan kesenian.
Allahuakbar, suatu kenangan indah sepanjang terlibat dengan DACS di bawah Dewan Pemuda PAS sepanjang 17 tahun ini. Tak banyak dapat aku curahkan tenaga, masa, idea dan wang ringgit untuk gerak kerja DACS ini tetapi aku bermohon kepada Allah swt agar ianya dapat menjadi bekalan akhirat ku kelak.
Doakan diri ini untuk terus istiqomah dalam apa sahaja medan yang boleh memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakbar!