Home Berita PAS Selangor

Serahan bakul makanan menyantuni penduduk India di Pandan – KPen DHPP Selangor

41
SHARE

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says "ISLAM"

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Harii@Khana
Ketua Penerangan DHPP Selangor

PANDAN, 2 November – PAS Kawasaan Pandan menerusi Setiausaha DHPP Pandan, Sdr.Harii@Khana telah turun menggerakkan aktiviti kebajikan, menyampaikan sumbangan bakul makanan Deepavali kepada masyarakat India di sekitar Pandan.

Menurut laporan, sumbangan bakul makanan yang telah diagihkan tersebut adalah sumbangan daripada PAS Negeri Selangor dan ia dikhususkan untuk masyarakat India menjelang sambutan perayaan Deepavali.

Sebanyak 4 buah keluarga masyarakat India telah menerima sumbangan tersebut, yang tinggal di sekitar Taman Pandan Jaya, Selangor. Para penerima sumbangan bakul makanan Deepavali mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS serta DHPP Pandan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor