Home Berita PAS Wilayah

Bakul Prihatin Wanita Perikatan Nasional bantu golongan terkesan

53
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Julai: Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju dan Srikandi Bersatu Wangsa Maju telah bersama menjayakan Program Bakul Prihatin Wanita Perikatan Nasional pada Sabtu dan Ahad lalu.

Program tersebut bertujuan menyalurkan bantuan khusus kepada penduduk setempat yang memerlukan dan terkesan akibat Covid-19.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Srikandi Bersatu Wangsa Maju, Datin Lynda Hamid dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju, Ustazah Hanisah.

Serahan bantuan berupa keperluan asas tersebut dibuat kepada para penerima dari Taman Setapak Indah dan Taman Melati.

Menurut Ustazah Nuridah, semua parti khususnya komponen Pakatan Nasional yang merupakan sebagai pihak kerajaan yang memerintah mesti bersatu padu dalam membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Usaha-usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang kian memuncak di Kuala Lumpur dan Selangor terutamanya sewajarnya disambut baik oleh semua pihak,” tambah beliau.

Beliau turut berterima kasih kepada jawatankuasa kerja yang terlibat dalam menjayakan sumbangan kali ini iaitu Mulimat PAS Wangsa Maju, Srikandi Bersatu Wangsa Maju dan Jabatan Amal Wangsa Maju.